search
Log In
15 votes
38 views
Apakah kebaikan atau kekurangan penggunaan atau pengaplikasian 'spiral link' ini ? Apakah 'spiral link' ini mampu memberi nilai tambah kepada  faktor keselamatan di dalam rekabentuk seismik?
in Structure 2,020 points 6 13 25

1 Answer

1 vote

Sekadar memberi pandangan.......

Rekabentuk tiang tidak atau jarang mengaplikasikan penggunaan "spiral link" adalah kerana secara lazimnya tiang jarang terdedah kepada tindakbalas bending dan negara kita juga jarang terdedah kepada tindakan gempa bumi yang akan menjanakan impak seismik.

Disamping itu tiang juga tidak sama dengan cerucuk yang perlu menghadapi tekanan hentaman dan bending effect dimana aplikasi 'spiral link' seringkali digunakan dibahagian kepala cerucuk biasa dan aplikasinya adalah lebih menyeluruh dalam pembinaan spun pile.

Kebaikan 'spiral link' ini berbanding dengan ikatan besi tetulang biasa adalah ia tidak akan mudah terbuka ketika menghadapi tindakan sesimik yang dijanakan ketika berlakunya gempa bumi. Sudah pasti bangunan akan runtuh susulan kejadian tiang patah akibat ikatan tetulang biasa terbuka ketika berlakunya gempa bumi. Maka dengan penggunaan 'spiral link' itu masalah ini akan diatasi.

Bukan sahaja itu 'spiral link' ini akan lebih stabil dan rigid ketika pengikatan besi tetulang diperingkat awal sebelum pemasangan papan acuan dilaksanakan. Dengan kestabilan tetulang 'spiral link' itu, sudah pasti  secara otomatiknya akan dapat mengurangkan masalah ketidak-keseragaman concrete cover tiang tersebut yang turut akan menjejaskan ketahanlasakannya.

Susunan jarak links itu akan menjadi lebih konsisten dan turut memudahkan proses pengikatan links. Maka masa yang diperlukan untuk mengikat besi tetulang tiang juga akan dikurangkan dan seterusnya dapat mengurangkan kos pembinaan projek.

48,820 points 106 195 351
...