search
Log In
15 votes
67 views
1.  Siapakah yang sepatutnya menentukan senarai saksi kes yang sewajarnya memberi keterangan terhadap kerajaan dimahkamah?

2.  Sekiranya terdapat pegawai kerajaan di sepina oleh peguam pihak plaintif (kontraktor) sebagai saksi di pihak plaintif, adakah pegawai tersebut layak menuntut kos tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutan kepada jabatan?
in Miscellaneous 11,080 points 14 36 71

2 Answers

4 votes
Boleh Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 -  Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi  (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis)

(Bab 10 Muka surat 17)

10. Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah

Seseorang pegawai yang disapina (subpoena) oleh Mahkamah untuk memberi keterangan bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi. Segala bayaran yang biasanya dibuat oleh Mahkamah ataupun pihak-pihak lain kepada pegawai tersebut hendaklah diserahkan kepada Kerajaan kecuali yang dibenarkan disimpan di bawah Fees (Public Officers) Regulations, 1953.
34,630 points 18 61 148
3 votes
Senarai saksi akan ditentukan oleh peguam yang mengendali kes tersebut. Ianya bergantung kepada penglibatan pegawai-pegawai di dalam kes tersebut.
49,630 points 24 101 236
...