search
Log In
12 votes
63 views

Untuk sebuah bangunan (concrete frame / steel frame ), bolehkah dinding bata (brickwall) menjadi sebagai bracing element kepada bangunan tersebut. Ini kerana ada pendapat yang mengatakan boleh dan ada pendapat yang mengatakan tidak boleh. 

in Structure 880 points 6 9 16

2 Answers

5 votes
Semasa saya belajar  dahulu saya pernah terlihat contoh pengiraan Rekabentuk konkrit tetulang dgn BS 8110 bagi bangunan berbilang tingkat yang membuat andaian bracing element adalah disediakan oleh dinding bata. Namun perlu diingat jika itu menjadi andaian maka dinding tersebut telah dikira sebagai load bearing wall.

Kebetulan saya berpeluang berkursus Euro Code dengan Ir Mohd Salleh dari UTM dan telah bertanya perkara berkenaan. Walaupun terdapat sedikit rintangan dalam menerima beban tersebut, beliau menyatakan dinding bata secara normal tidak dianggap sebagai bracing kerana dinding bata tersebut tidak direka untuk menerima beban kenaan yang diakibatkan oleh daya-daya tersebut.

Oleh yang demikian, mungkin boleh dirumuskan dinding bata boleh digunakan sebagai bracing jika:

1. Telah direka untuk menerima baban tersebut (load bearing wall)
2. Struktur bracing element adalah sentiasa dalam keadaan mampatan memandangkan dinding bata tidak dapat bertahan dan akan gagal dalam keadaan tegangan
3. Terdapat keyakinan dinding tersebut tidak diubahsuai sepanjang hayat struktur tersebut

Jika syarat tersebut gagal diperolehi, maka dinding bata bukanlah bracing element bagi stuktur tersebut.
34,630 points 18 61 148
edited by
5 votes
Boleh dengan syarat:

i) Full brick wall ( ie 225mm) dan disusun berpandukan kepada keperluan kod. Half brick wall tidak digalakkan memeandangkan ianya adalah slender.

ii) Rekabentuk dinding direkabentuk utk tanggung beban tersebut

iii) Detailing antara batu bata dan komponen konkrit perlu diambil perhatian.

Namun penggunaan batu bata sebagai bracing utk struktur keluli adalah agar sukar memandangkan bahawa ianya merugikan memandangkan masonry adalah low ductile dan keluli adalah high ductility. Jadi, advantage utk rekabnetuk utk high ductility tidak akan tercapai.
50,150 points 24 102 239
...