Soalan yang pendek tetapi memerlukan pendekatan yang panjang untuk dinilai dan diulas. Peraturan bersifat Organisasi dan Arahan adalah bersifat individu. Mendapat arahan berasaskan peraturan adalah mesti dipatuhi dan diutamakan. Begitu juga bagi Arahan yang bersifat neutral, dimana pelaksanaannya biasanya hanya bersifat kosmetik.
Yang menjadi kegusaran adalah arahan yang berlawanan dengan peraturan. Bak kata pepatah diluah mati emak dan ditelan mati bapa. (Ada yang berseloroh suruh kemam (simpan dalam mulut) aje).
Yang penting arahan sebegini perlu terang dan jelas serta sebaiknya dicatat/catitkan. Ini kerena pelanggaran peraturan adalah terikat dengan tindakan susulan yang mungkin memudaratkan. Tidak dinafikan melanggar arahan akan menyebabkan kesensaraan, namun hasilnya tidak sekeras melanggar peraturan. Selaku pengeluar arahan, seseorang itu patut memahami implikasi arahannya dan seharusnya juga berani untuk membuat nota/arahan yang jelas.
Ini perlu bagi memastikan pelaksana arahan tersebut tidak menjadi mangsa arahannya jika arahan tersebut melanggar peraturan..