search
Log In
11 votes
75 views
Merujuk Spesifikasi Kerja Bangunan JKR 2014, sejauh manakah bidang kuasa dan peranan JKR bagi memastikan pelaksanaan Initial Test dan Conformity Test bagi konkrit oleh pembekal/kontraktor.
in Structure 880 points 6 9 16

1 Answer

2 votes
Asas Spesifikasi Kerja Bangunan JKR 2014 adalah berdasarkan kepada Piawai Malaysia MS 523 Part 1 (Sekarang dikenali sebagai MS EN 206), MS 523 Part 2 dan MS 523 Part 3. Manakala MS 523 Part 1 (atau MS EN 206) adalah diasaskan dari Eurocode. Sehubungan dengan itu, konsep standard ini adalah untuk menggalakan pengeluar/pembekal konkrit mendapatkan product certification dari badan yang dibenarkan.

Pada dasar pembekal memastikan bahawa setiap bahan yang dikeluarkan adalah menepati setiap standard dan spesifikasi yang dikenakan. Pihak JKR pada dasarnya hanya perlu menjalankan auditan untuk memastikan pihak kontraktor menjalankan ujian conformity sebagaimana yang disyaratkan di dalam Spesifikasi.

Keperluan Initial Test pula adalah hanpir sama dengan keperluan Trial Mix sebagaimnana di dalam Spesifikasi Piawai 2005. Yang membezakan nya adalah Trial Mix perlu dibuat untuk setiap kontrak. Manakala Initial Test hanya perlu dibuat sekiranya rekod pembekal menunjukkan keputusan ujian untuk campuran konkrit yang sama kurang dari 35 ujian di dalam setahun. Sekiranya campuran konkrit yang sama digunakan di tapak bina yang berlainan dan pihak pembekal dapat membuktikan, ujian untuk campuran tersebut telah di buat lebih dari 35 kali dalam tempoh setahun, maka ujian identity tidak perlu dibuat.
49,810 points 24 102 239
...