search
Log In
8 votes
75 views
Siapakah yang boleh menamatkan pengambilan kerja Subkontraktor Dinamakan?
in Contract Management 360 points 1 4

3 Answers

5 votes
Kontraktor utama boleh menamatkan pengambilan kerja Subkontraktor Dinamakan kerana kontrak adalah diantara Kontraktor Utama dan Kontraktor Dinamakan
380 points 2 3
3 votes

Dalam keadaan di mana NSC gagal menyiapkan kerja, Kontraktor Utama boleh menamatkan kerja NSC tersebut selaras dengan peruntukan Klausa 33 Syarat-syarat Kontrak PWD 203N (Rev. 1/2010). 

Menurut Klausa 63.2 Syarat-syarat Kontrak PWD 203/203A (Rev. 1/2010), Kontraktor Utama dengan persetujuan P.P boleh melantik sub kontraktor kompeten lain untuk menyiapkan kerja sub kontrak tersebut atau Kontraktor Utama boleh menyiapkan kerja tersebut sendiri. 

Urusetia Roadshow Pentadbiran Kontrak
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Jawapan FAQ yang disediakan adalah berdasarkan soalan-soalan yang kerap dikemukakan oleh pentadbir dan pelaksanaan projek-projek JKR seluruh Malaysia. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak serta pelaksanaan projek. Secara umumnya FAQ ini adalah berdasarkan borang kontrak JKR 203, 203A dan Reka & Bina.

Walaupun setiap usaha telah dilakukan bagi memastikan jawapan yang disediakan adalah tepat dan bermanfaat kepada semua warga JKR, jawapan FAQ ini tidak semestinya sesuai dan terpakai dalam setiap keadaan. Ia turut bergantung kepada borang kontrak yang digunakan, perundangan yang terlibat dan kehendak teknikal yang ditetapkan. Dalam hal ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang khusus untuk isu berkenaan.

Walau apa pun, tiada tanggungan diandaikan terhadap Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ke atas kerugian atau kehilangan disebabkan oleh pergantungan kepada jawapan yang disediakan. Anda boleh merujuk kepada Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk penjelasan lanjut berhubung dengan FAQ ini.

49,480 points 33 87 174
1 vote
Selaras dengan PK4.7 : Peranan Dan Tanggungjawab Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek Secara Am Dalam Mengawal Selia Projek Pembangunan Kerajaan

Kontraktor menamatkan pengambilan kerja Subkontraktor, maka Kontraktor hendaklah:
1. Dengan persetujuan P.P., Kontraktor melantik Subkontraktor lain untuk menyiapkan baki kerja Subkontrak; atau
2. Kontraktor dengan sendirinya mengaku janji akan menyiapkan baki kerja Subkontrak tersebut.
15,120 points 20 40 114
...