search
Log In
19 votes
34 views
Apakah tindakan jika ada pihak memberi arahan untuk menarik balik penamatan kerja?
in Contract Management 290 points 1 1 2

2 Answers

5 votes
Bergantung kepada "pihak" mana yang memberikan arahan menarik balik penamatan kerja. Jika daripada pihak Treasury maka anda boleh sujud syukur tak pening kepala.
11,570 points 15 38 77
3 votes
Untuk perkara ini selaku orang yang bertadbir kontrak dalam projek perlu memahami setiap perkara sebelum penamatan kerja dibuat kerana ia melibatkan kontrak antara dua pihak. Sekiranya keperluan penamatan perlu dibuat, adalah pihak-pihak yang terlibat perlu merujuk kepada pentadbir kontrak seperti Juruukur Bahan yang berpengalaman dan bertauliah dalam aturan kerja kontrak. Untuk perkara ini juga, terdapat panduan/surat arahan KPKR/Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Treasury dan JKR Malaysia bagi mengendali projek yang dikatakan lewat dan sebagainya.

Sekiranya penamatan ditarik semula adalah perlu dilihat secara holistik tentang atas perkara apa yang perlu ditarik semula samada melibatkan ketidakcukupan data, masalah yang tidak sesuai yang dijadikan alasan, kesalahan dalam menentukan penamatan atau melibatkan pengaruh luar. Setiap pekara tersebut perlu dilihat dengan terperinci kerana setiap langkah yang diambil akan menampakkan nilai kepada individu itu sendiri. Adalah terbaik sebelum penarikan dilaksana perlu dilihat dahulu perkara-perkara tersebut dan berundinglah kepada yang pakar mengenai perkara ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah tatatertib menanti..

Sekadar perkongsian..Terima kasih
13,850 points 4 33 93
...