1. Klausa 26.1 Syarat-syarat Kontrak JKR 203A jelas menyatakan bahawa Senarai Kuantiti yang disediakan adalah asas kepada harga kontrak. Sebarang percanggahan "description", kuantiti atau perubahan kerja sewajarnya dibuat pelarasan samada penambahan atau penolakan daripada harga kontrak.
2. Untuk perkara yang dibangkitkan di atas, selaras dengan Klausa 26.1, Klausa 26.4 Syarat-syarat Kontrak JKR 203A jelas memperuntukkan bahawa senarai kuantiti yang menjadi sebahagian daripada kontrak adalah berdasarkan lukisan kontrak yang mana lukisan tersebut digunapakai untuk membuat pengukuran senarai kuantiti semasa proses tender dan ia adalah juga sebahagian daripada kontrak. Maka sewajarnya lukisan kontrak mengatasi senarai kuantiti sekiranya terdapat percanggahan kuantiti (undermeasured/overmeasured).
3. Justeru itu, dibawah Klausa 29 Syarat-syarat kontrak , pihak SO wajar mempertimbangkan kelulusan pelarasan harga kontrak sekiranya terbukti terdapat percanggahan senarai kuantiti dan lukisan kontrak.