search
Log In
13 votes
57 views
Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya Kontraktor tidak bersetuju dengan kadar harga bagi perubahan kerja tambahan?
in Contract Administration 420 points 2 3 7

1 Answer

4 votes

Merujuk kepada Klausa 5.3 Syarat-syarat Kontrak PWD 203/203A (Rev. 1/2010), P.P. boleh melantik pihak ketiga untuk melaksanakan perubahan kerja sekiranya Kontraktor Utama enggan melaksanakannya. Sekiranya terdapat pertambahan harga ianya akan ditanggung oleh Kontraktor Utama dan 5% kadar on cost akan dikenakan kepada Kontraktor Utama. 

Urusetia Roadshow Pentadbiran Kontrak
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Jawapan FAQ yang disediakan adalah berdasarkan soalan-soalan yang kerap dikemukakan oleh pentadbir dan pelaksanaan projek-projek JKR seluruh Malaysia. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak serta pelaksanaan projek. Secara umumnya FAQ ini adalah berdasarkan borang kontrak JKR 203, 203A dan Reka & Bina.

Walaupun setiap usaha telah dilakukan bagi memastikan jawapan yang disediakan adalah tepat dan bermanfaat kepada semua warga JKR, jawapan FAQ ini tidak semestinya sesuai dan terpakai dalam setiap keadaan. Ia turut bergantung kepada borang kontrak yang digunakan, perundangan yang terlibat dan kehendak teknikal yang ditetapkan. Dalam hal ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang khusus untuk isu berkenaan.

Walau apa pun, tiada tanggungan diandaikan terhadap Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ke atas kerugian atau kehilangan disebabkan oleh pergantungan kepada jawapan yang disediakan. Anda boleh merujuk kepada Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk penjelasan lanjut berhubung dengan FAQ ini.

46,360 points 33 87 168
...