search
Log In
12 votes
60 views
Notis Hasrat Menuntut tidak dikemukakan oleh Kontraktor, adakah pembuktian tarikh kejadian yang dinyatakan dalam minit mesyuarat boleh digunakan?
in Contract Management 400 points 3 4 6

1 Answer

3 votes

Dalam pentadbiran kontrak, sama ada pihak Kerajaan mahupun Kontraktor perlu mengemukakan notis terhadap apa apa perkara yang memberi kesan terhadap teras atau asas utama kontrak selaras dengan prinsip audi alteram partem yakni mendengar di pihak yang terlibat atau memaklum kepada pihak yang terlibat. 

Dalam mengemukakan tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan akibat lanjutan masa, kontraktor hendaklah memberikan notis dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian selaras dengan syarat-syarat kontrak. Notis yang diberikan hendaklah bertulis yang menyatakan kerugian yang dialami dari aspek kos dan pertambahan masa serta menyatakan anggaran kos (secara kasar) yang terlibat. 

Tarikh kejadian dari minit mesyuarat dibolehkan sekiranya ianya jelas menyatakan arahan kerja yang dikeluarkan dan pihak yang mengeluarkan arahan tersebut. Namun, semua ini bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tuntutan kelak yang akan menilai terhadap kemunasabahan tarikh kejadian tersebut dan pematuhan notis hasrat menuntut.

2,380 points 6 10 27
edited by
0

Terima kasih Sr @hishamb atas perkongsian yes

...