BIM adalah proses membangun dan menguruskan data digital. Model BIM menggunakan model 3D pintar berparametrik, boleh digunakan untuk melaksanakan analisis, melibatkan segala aspek pengurusan projek. Dengan menggunakan BIM, dapat meningkat keberkesanan penyampaian projek yang lebih cekap dan berkualiti.
Bangunan yang menggunakan BIM, yang telah berjaya mengurangkan tempoh pembinaan adalah Institut Kanser Negara iaitu siap lebih awal selama 2 minggu. Walaubagaimanapun, adalah sukar kejayaan tersebut adalah disebabkan oleh penggunaan BIM, tempoh masa pembinaan projek bergantung kepada banyak faktor, kemampuan kontraktor, kaedah penyeliaan yang baik, membuat keputusan dengan cepat, kaedah penggunaan BIM dengan metodologi yang betul, kerjasama dari semua pihak berkepentingan dan banyak lagi.
Selalunya pengukuran terhadap penggunaan BIM adalah, berapakah kurangnya bilangan RFI terhadap projek tersebut berbanding dengan kaedah konvensional. Ini adalah sumbangan terus apabila penggunaan BIM dapat merancang program kerja dengan lebih jelas dan teratur, meningkatkan komunikasi, koordinasi dan kolaborasi, menangani risiko yang boleh menyebabkan peningkatan kos.
Penggunaan BIM, jika perlaksanaan dengan kaedah yang betul, bermula diperingkat rekabentuk, dapat mempercepatkan penghasilan rekabentuk, meningkatkan kualiti, mengeluarkan pilihan rekabentuk yang lebih banyak dengan lebih cepat, mendapatkan kuantiti dan jankaan kos, membuat keputusan dengan lebih tepat serta boleh merancang kaedah pembinaan dengan lebih teratur. Dengan faedah-faedah tersebut dapat mengurangkan kesilapan dan meningkatkan kualiti pembinaan, berbanding dengan kaedah konvensional.