search
Log In
21 votes
103 views
in Assets & Facilities Management 11,340 points 7 10 17

2 Answers

7 votes

Kebocoran paip air sememangnya mendatangkan masalah dan kerugian kepada pengguna. Lebih-lebih lagi jika kebocoran paip air berlaku tanpa disedari oleh pengguna seperti kebocoran paip di bawah tanah atau di dalam dinding rumah.  Keadaan akan bertambah buruk jika air tersebut mula masuk ke dalam rumah daripada celah-celah lantai, dinding atau siling rumah. 

Bagi yang tinggal di rumah teres atau bertingkat, kebocoran paip air bukan sahaja akan memberi kesan kepada pemilik kediaman, malah ia juga akan menjejaskan pemilik kediaman yang berjiran dengan pemilik. Jika tidak ditangani segera, ia boleh menjejaskan keselamatan pemilik kediaman, menyebabkan kerosakan perabot, sambungan elektrik, kesan tompokan pada dinding akibat resapan air dan seterusnya mengakibatkan pengguna menanggung pembayaran bil air yang tinggi.



Berikut adalah beberapa cara bagi mengesan sekiranya terdapat kebocoran paip air di dalam rumah :

  1. Lihat keadaan rumah sekiranya terdapat kesan air meresap di lantai, dinding atau siling rumah.
  2. Periksa tangki simpanan air untuk mengesan sebarang kebocoran
  3. Perhatikan jika terdapat bacaan luar biasa pada bil air. Buat perbandingan dengan bil air yang terdahulu.
  4. Tutup semua pili air di dalam rumah dan pastikan tiada pergerakan air masuk ke tangki simpanan. Kemudian perhatikan bacaan meter air untuk satu jangka masa. Jika masih terdapat pergerakan bacaan pada meter air, berkemungkinan terdapat kebocoran.
  5. Perhatikan sekiranya terdapat kesan air mengalir di mana-mana kawasan kediaman.
  6. Jika kebocoran dikesan, jangan cuba untuk memperbaiki kerosakan sendiri jika anda tidak mahir dalam penggantian paip kerana ia akan menambahkan lagi kerosakan sedia ada. Pengguna haruslah segera menghubungi JKR untuk kerja-kerja pembaikan tersebut.

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan paip di rumah sebagai pencegahan awal dalam mengelakkan kebocoran. Pengguna juga harus peka terhadap sebarang perubahan yang mencurigakan pada keadaan rumah atau bil agar kebocoran paip dapat ditangani segera dan mengelakkan pembaziran serta kerugian.

Contoh-contoh kemungkinan penyebab boleh dirujuk berpandukan Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada. 

18,000 points 26 67 123 1 flag
0
Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat!
5 votes

Sebelum kita mengesyorkan apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah kebocoran lantai beberapa isu dan perkara berikut harus dikajitindak:-

  1. Pemeriksaan rapi harus dilaksanakan untuk mengenalpasti punca kejadian kebocoran tersebut.
  2. Lokasi dan kedudukan kebocoran.
  3. Tahap dan keluasan kebocoran telah ditentukan.
  4. Rekod sejarah kejadian dan kaedah pembaikan lampau yang pernah dilaksanakan.

Berikut adalah beberapa jenis dan punca kejadian kebocoran lantai yang boleh dijadikan rujukan dan semakan sebelum mengesyorkan kaedah pembaikan:-

  1. Kebocoran yang diakibatkan oleh pemasangan sistem paip air yang kurang kemas.
  2. Kebocoran yang diakibatkan oleh sistem paip air yang telah usang.
  3. Kebocoran yang diakibatkan oleh kualiti pembinaan kurang kemas diperingkat awal yang tidak dibaiki.
  4. Kualiti lantai konkrit berkeadaan porous.
  5. Tidak dibekalkan lapisan kalis air bila membuat kemasan lantai. (terutama untuk lantai bilik air atau bilik mandi)
  6. Terdapat kesan kererakan akibat impak shrinkage atau tegangan yang tidak dibaiki.

Beberapa jenis dan kaedah pembaikan seperti berikut boleh dijadikan rujukan dan aplikasi untuk mengatasi kesan kebocoran lantai dengan berasakan kepada jenis dan punca kejadian seperti tersebut di atas:-

  1. Semak dan gantikan sistem penyambungan paip air telah bocor.
  2. Gantikan keseluruahan sistem paip air yang telah usang.
  3. Membaiki segala kecacatan pembinaan yang mengakibatkan terjadinya kebocoran dengan shrinkage compensated cementitious grout atau mortar.
  4. Membina satu lapisan overlay water proofing screed di atas lantai sediada yang porous.
  5. Membekalkan dan melapiskan lantai dengan satu lapisan water proofing screed
  6. Melaksanakan epoxy injection terhadap kesemua keretakan oleh kontrak pakar.
48,330 points 106 193 347
edited by
0
Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat!
...