search
Log In
14 votes
46 views
Semasa membuat pemeriksaan di tapak,didapati paparan skrin di monitor CCTV menunjukkan imej yang [email protected], lepas memahami infrastruktur pemasangannya, didapati sambungannya menggunakan fibre-UTP converter.

Betulkah ada impact pada performance penghantaran signal kalau menggunapakai terlalu banyak converter untuk banyak CCTV?
in ELV (Extra Low Voltage) 8,040 points 40 48 68

2 Answers

4 votes
Fiber mempunyai performance penghantaran data sehingga 10Gb untuk jarak yang jauh, manakala UTP mempunyai performace 1GB untuk jarak sehingga 100m sahaja dan jarak yang singkat untuk 10GB.

Media converter tidak memberi impak kepada performance sekiranya jarak tidak melebihi spesifikasi kabel tersebut.
990 points 2 5 14
0

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat, Dr @zuhairy yes

3 votes
Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah ini. Untuk menjawap samada fibre/UTP converter adalah puncanya perlu dirujuk kepada spesifikasi converter tersebut. Pada kebiasaannya pada spesifikasi tersebut akan dinyatakan jarak maksimum fibre untuk setiap fibre yang disokong. Perlu disemak adakah panjang fibre melebihi jarak tersebut. Di samping itu perlu juga dipastikan samada fibre dan UTP cable tersebut berada dalam lingkungan loss yang dibenarkan berdasarkan keputusan ujian (OTDR etc). Akhir sekali memandangkan paparan cctv adalah di bilik kawalan di mana pada kebiasaannya aggregated camera streams berlaku, perlu disemak samada berlaku bottleneck di peringkat itu.
320 points 1 2 8
0

Terima kasih atas perkongsian, Ir @zularifin yes

...