search
Log In
16 votes
34 views
Putrajaya merupakan sebuah pusat pentadbiran Negara Malaysia, bangunan-bangunan yang dibina di Putrajaya sentiasa akan menjadi contoh atau lambang kemajuan bangunan-bangunan di negeri lain. Memandangkan teknologi IoT secara global telah berkembang laju, apakah langkah bangunan di putrajaya dalam menuju ke sasaran tersebut?
in ICT 8,170 points 40 48 70

1 Answer

3 votes

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Salah satu ciri utama di dalam teknologi IoT adalah saling terhubungnya (inter-connected) peralatan pengguna dan juga objek seperti sensor, smart meter,  home appliances, kenderaan dan lain-lain kepada internet yang berkelajuan tinggi secara tanpa batasan. Ia juga disebut sebagai ubiquitous network; present everywhere, anywhere at anytime.

Berdasarkan ciri utama di dalam teknologi IoT yang dinyatakan di atas, sasaran untuk melaksanakan teknologi IoT di Putrajaya secara menyeluruh boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Pelaksanaan In-Building Coverage (IBC) iaitu pemasangan antena sistem komunikasi mudah alih di dalam bangunan perlu selaras dengan Techincal Code - RADIOCOMMUNICATIONS NETWORK FACILITIES - IN-BUILDING yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM).
  2. Mengadaptasi teknologi IoT di dalam IBC seperti 5G, LoRa WAN, Zigbee, RFID etc yang memerlukan kerjasama rapat di antara pihak Network Facilities Provider (NFP) dan pihak pembekal peralatan komunikasi. 
  3. Meningkatkan kesedaran pengguna dan orang awam bahawa gelombang electromagnetic ataupun RF-EMF tidak memberi impak negatif kepada kesihatan. Pihak yang berwajib perlu memainkan peranan dan menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan perkara ini.  

#StayAtHome

280 points 1 1 6
...