Kaedah penambahan kekuda bumbung adalah sama dengan mana-mana bahagian atau komponen bangunan yang lain. Bagi memastikan sebarang penambahan atau modifikasi kepada struktur yang sediada adalah selamat atau sebaliknya, pihak pemaju boleh melantik mana-mana perunding (samada melalui lantikan terus atau kontraktor) untuk menjalankan semakan dan menyediakan lukisan perubahan.
Pada kebiasaannya, 'the last person' akan diminta untuk bertanggung-jawab utk memastikan sebarang pindaan adalah selamat dan mengesahkan keseluruhan struktur yang lain adalah selamat. Jadi seelok-eloknya adalah digalakkan perunding yang lama diminta utk menjalankan semakan dan mengesah kembali rekabentuknya selepas berlaku pindaan bagi mengurangkan komplikasi sekiranya berlaku sebarang masalah di masa akan datang.