Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Berdasarkan pemerhatian dan data daripada pihak MAMPU dan GITN, infrastruktur "Putrajaya Campus Network (PCN)" didapati mempunyai jaringan kabel fiber optik sediada yang luas, saling terhubung di antara satu sama lain dan mempunyai perancangan yang teratur untuk menampung keperluan di masa akan datang. Fasiliti yang telah tersedia ini membolehkan Putrajaya mampu menerima sebarang perubahan teknologi yang terkini seperti IoT dan lain-lain.
Namun begitu, aspek "cyber security" atau keselamatan data dan ketahanan dari serangan "jenayah cyber" perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan (MAMPU) sebelum pelaksanaan teknologi seperti IoT dillaksanakan.
#StayAtHome
#WorkFromHome