Pada pandangan saya, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan jabatan untuk memastikan peralatan pemeriksaan jabatan mencukupi dan bersesuaian mengikut keperluan kerja tertentu. Sekiranya, peralatan pemeriksaan tersebut mengalami kerosakan atau tidak sesuai digunakan bagi kerja pemeriksaan tersebut, pihak pengurusan harusnya memohon bajet pembelian peralatan tersebut dalam bajet jabatan supaya memudahkan kerja-kerja pemeriksaan dilaksanakan dengan kelengkapan peralatan yang mencukupi.