search
Log In
15 votes
53 views
Bagaimana JKR mengekalkan relevannya JKR sebagai agensi teknikal dan pakar rujuk dengan wujudnya banyak teknologi-teknologi terkini?
in Human Resource Management 2,620 points 7 14 16
2
JKR perlu memantapkan tenaga kerja agar mempunyai kompetensi dalam pelbagai bidang dan teknologi terkini serta mempunyai daya saing yang tinggi.

2 Answers

2 votes

Alhamdulillah... JKR masih relevan sebagai agensi teknikal dan pakar rujuk sehingga kini.

Ianya terbukti kerana dlm keadaan yg genting disebabkan penularan wabak covid-19, pegawai JKR mampu membantu menyumbang intubation box buatan JKR (CREaTE) kepada hospital yang memerlukan dalam menangani masalah kekurangan intubation box di hospital. Berikut adalah link twitter berkenaan perkara tersebut.

https://twitter.com/irahmadredza/status/1245616485940080642?s=09

SME JKR bersama team JKR yang lain juga menyumbang idea dalam penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, berisiko tinggi di MAEPS, Serdang. Berikut adalah link berkenaan perkara tersebut.

https://www.jkr.gov.my/my/page/wira-tidak-didendang-kerjasama-pasukan-jkr-malaysia-dalam-penyediaan-pusat-kuarantin-dan

https://twitter.com/JKRMalaysia/status/1246069617627291649

3,110 points 2 14 40
0

Terima kasih atas perkongsian, Pn @syariza yes

3 votes

JKR sbg agensi teknikal negara perlu berterusan meneroka peluang yang tersedia dalam mendalami teknologi terkini seperti AI/AR/VR/Big Data/Machine Learning agar terus kekal relevan. Bagi tujuan ini. kerja penyelidikan dan aktiviti inovasi haruslah menjadi salah satu teras pemerkasaan Jabatan dalam mendepani masa depan yang makin kompleks.

Konsep organisational learning dan learning organisation perlu dihayati sepenuhnya & tanggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu CREaTE shj malah ianya menuntut komiten kolektif secara total dari semua pihak yang berkaitan sama ada di Ibu Pejabat/JKR Negeri/Daerah. 

Ini hanya boleh dicapai melalui penekanan kepada pembudayaan growth mindset, kunci utama dalam memastikan setiap individu yang menabur bakti di Jabatan Kerja Raya Malaysia sentiasa bersedia untuk memajukan diri sendiri dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Sekiranya warga Jabatan sekadar berpeluk tubuh dan merasakan apa yang dicapai oleh JKR selama ini sudah memadai dan telah mencukupi, masa hadapan Jabatan yang kita cintai sudah pasti mendung. 

3,950 points 2 17 32
edited by
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn @AzMH79 

...