search
Log In
16 votes
64 views
Apakah JKR akan dikenakan tindakan tuntutan pampasan dari si pemangsa andai pemasangan boggol di jalan persekutuan tidak mengikut spesifikasi yang tepat dan telah mengakibatkan terjadinya kemalangan?
in Pavement 48,820 points 106 195 351

1 Answer

5 votes
 
Best answer

Bila sebut 'bonggol', kita perlu dapat bezakan antara speed bump dan speed hump. Ketinggian yang ditetapkan kebiasaannya 75 - 100 mm, namun lebar adalah berbeza - speed bump kurang dari 300 mm, speed hump 3000 - 4300 mm. Standard Drawing for Road Works KPKR/J/R/STD/AM220 (Rev. 1997) ialah bagi speed hump. Tidak dibenarkan pasang speed hump di jalan persekutuan kecuali jalan masuk ke institusi persekutuan dsb. Jalan di depan sekolah? Sudah banyak kita pasang Lintasan Pejalan Kaki Searas 1Malaysia di jalan persekutuan di seluruh negara. Bagaimanapun, papan tanda amaran dan peringatan serta transverse bar dipasang sebelum speed hump pada lintasan itu sepertimana keperluan minimum yang ditetapkan dalam standard drawing tersebut. Jangan pasang 'bonggol' sewenang-wenangnya dan patuhi standard drawing yang disediakan.     

15,910 points 4 30 81
selected by
0

Terima kasih Tn atas sokongan berterusan yang diberikan dalam membudayakan penggunaan JCoP di Jabatan 

0
Tuan,

Adakah PBT menggunapakai spesifikasi yang tuan nyatakan untuk jalan seliaan mereka? Saya perhatikan ketinggian tidak konsisten dan ada yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pengguna jalan raya.

Terima kasih.
0
PBT tidak tertakluk kepada spesifikasi di atas dan bebas untuk membina apa-apa jenis bonggol mengikut kesesuaian mereka.
...