Apakah tugas dan tanggungjawab HODT dan HOPT semasa projek dalam status pembinaan? Bagaimanakah skop penglibatan HODT dan HOPT dalam memastikan projek dapat dilaksanakan serta disiapkan dalam tempoh masa, kos dan kualiti yang ditetapkan? Seringkali berlaku kesilapan rekabentuk, ketidapcukupan skop, projek tidak mengikut brif pelanggan dan pelbagai isu/masalah sepanjang tempoh pembinaan. Isu/masalah yang timbul disebabkan ketidaksempurnaan dokumen rekabentuk dan kontrak. Lesson Learnt telah banyak dikeluarkan atau publish tetapi kenapa masih berlaku?
Adakah senarai tugas dan tanggungjawab HODT, HOPT dan Pegawai Penguasa difahami dan dipraktikan sepenuhnya? Dimanakah paparan dan dokumen lengkap senarai tugas dan tanggungjawab HOPT, HODT dan Pegawai Penguasa boleh diperolehi?
#TogetherWeDeliver