search
Log In
17 votes
65 views
Contohnya...dalam lukisan pembinaan memaklumkan penggunaan lightweight brick, sebalik nya dokumen kontrak memaklumkan penggunaan bata tanah liat.
in Structure 1,920 points 9 12 20

2 Answers

5 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pada pendapat saya, jika dirujuk kepada amalan pembinaan seharusnya setiap skop pembinaan harus merujukkan kepada lukisan pembinaan muktamad yang sah. Dalam keadaan biasa pihak yang sepatutnya mengesahkan lukisan pembinaan sudah pasti jatuh kepada tanggungjawab S.O. atau wakil S.O. dengan merujukkan kepada lukisan kontrak demi mengesahkan bahawa segala perubahan telah dikaji dan harga telah dirunding baru dibenarkan proses pembinaan.

Persoalan sekarang adalah mengapa masih merujuk kepada lukisan kontrak walhal lukisan pembinaan muktamad telah diluluskan. Kes sedemikian seharusnya tidak akan berlaku melainkan dalam proses pembinaan tertimbul penukaran S.O. atau wakil S.O. dan segala perubahan tidak dimaklum atau tidak disemak dengan teliti.

47,270 points 106 189 335
0
ya terima kasih tuan, atas perkongsian ilmu.
4 votes
AsSalam,

Menarik soalan kamu ini, saya andai ia datang dari seorang yang berlatarbelakang Jurutera

Sebagai seorang Jurutera Tapak, kita patut mengguna Lukisan Pembinaan yang terkini kerana ia adalah kehendak muktamad yang telah ditentukan oleh HODT

Sebagai seorang Wakil SO/SO, (saya mengandai tuan mengguna dokumen kontrak 203 iaitu jenis konvensional)  ia harus menilai bahawa Lukisan Pembinaan berbeza dari Lukisan Kontrak. Maka ia itakrif sebagai Variation mengikut kehendak Kontrak justeru tindakan mendapatkan kelulusan VO & mengeluarkan Arahan VO perlu dibuat sebelum pembinaan Lukisan Pembinaan tersebut.

TQ
220 points 1 1 4
0
Terima kasih tn atas perkongsian ilmu dan membantu kemusykilan saya, saya cuma belatarbelakangkan penolong jurutera
...