search
Log In
17 votes
50 views
in Moveable Asset (Alih) 430 points 2 3 8

3 Answers

7 votes
Pada pandangan saya, penyewaan komputer lebih baik kerana tanggungjawab menyelenggara komputer boleh diuruskan oleh pihak vendor secara berkala. Kaedah ini dapat mengurangkan keperluan bilangan kakitangan skim F untuk menguruskan kemudahan komputer di peringkat jabatan.

Manakala cadangan pembelian komputer kurang sesuai memandangkan keperluan speksifikasi fungsi komputer sentiasa berubah mengikut perubahan teknologi maklumat negara semasa dan masa hadapan.
17,970 points 26 67 121
0
Bagaimana dengan data yang ada di dalam komputer tersebut?
Adakah perlu dipraktikkan penggunaan sistem simpanan data secara maya (Cloud, Drive, etc)?
2 votes
Pada pandangan saya, pembelian komputer lebih praktikal untuk agensi yang mempunyai kapasiti yang besar seperti JKR..

Melalui rekod mykj, hampir 11000 pegawai JKR di seluruh Malaysia.. Oleh itu, Penyewaan komputer kurang sesuai dengan kekangan kewangan.

Contohnya kos sewaan bulanan rm300 bagi setiap komputer bersamaan dengan rm3 juta perlu diperuntukkan setiap bulan. Sekiranya kontrak tamat, atau permohonan peruntukan tidak diluluskan boleh menyebabkan operasi jkr tergendala dengan ketiadaan komputer.

Tidak dinafikan Penyewaan komputer memberi kelebihan dari segi penggunaan software yang terbaru.

Cadangan saya Penyewaan komputer boleh dibuat hanya untuk kegunaan public seperti di bilik komputer untuk kegunaan kursus yang digunakan secara berterusan oleh pegawai berlainan.
24,610 points 38 94 187
2 votes

Pada pandangan saya, saya lebih sokong membeli dan bukannya menyewa, kerana kos sewaannya adalah jauh lebih mahal berbanding membeli dengan merujukkan kepada tempuh penggunaan yang sama. Tambahan pulah bila tamatnya tempuh penggunaan komputer tersebut akan diambil oleh pembekal berkaitan, maka besar kemungkinan akan tertimbul isu kebocoran maklumat kerajaan pada pihak yang tidak berkaitan andai tidak sempat atau terlupa untuk reformat semula komputer itu. Disamping itu ia juga akan tertimbul masalah kerja akan tertangguh oleh sebab tiada lagi kumputer untuk digunakan ketika tamatnya tarikh kontrak penyewaan. Sebaliknya jika perolehan itu adalah melalui belian maka isu tersebut tidak akan tertimbul, kerana komputer tersebut hanya akan diluputkan ketika ia tidak lagi boleh dibaiki atau kos pembaikan adalah terlalu mahal.

47,270 points 106 189 336
...