sekiranya merujuk kepada BIM Maturity (boleh google), kita dapat lihat penggunaan CAD di bawah Level 0 manakala Level 1 pula penggunaan Autocad (2D-3D) yang bersistematik.
Penggunaan BIM pula bermula pada Level 1, Level 2 dan Level 3. Level 1 bermula dengan ‘mix’ model BIM dan CAD manakala Level 2 & 3 pula pelaksanaan BIM secara kolaborasi dan integrasi.
Sebelum ini penggunaan CAD secara meluas di dalam industri kita sebagai medium. Dan sejak kebelakangan ini teknologi pesat membangun dan penggunaan BIM ‘tidak boleh tidak’ dinafikan penggunaannya dalam industri kita.
Pendapat saya kepentingan penggunaan CAD akan berkurangan berbanding penggunaan BIM. Universiti-universiti juga telah mula mengajar penggunaan BIM seperti UMPH, UIA, UM dan lain-lain. Ini kerana terdapat ‘demand’ penggunaan BIM dalam industri buat masa ini.