Bagi bumbung rata, perlu pastikan bahawa setiap lapisan kalis air yang lama dibuka dan permukaan dibersihkan. Setiap keretakan kepada papak yang menunjukkan kebocoran perlu diperbaiki terlebih dahulu dengan kaedah yang betul. Kaedah dengan hanya menampal campuran simen tidak boleh digunakan. Sebaiknya perlu menggunakan kaedah suntikan epoxy.
Kalis air yang perlu digunakan perlulah sistem yang lengkap. Penggunaan rolled membrane dengan sambungan yang dibuat dengan heat treatment adalah disyorkan. Pastikan syarikat memberikan jaminan kepada sistem yang dipasang.
Penggunaan membrane secara sapu adalah tidak digalakkan terutama apabila ianya melibatkan keluasan yang besar. Mutu kerja adalah terlalu bergantung dengan applicator dan kemungkinan berlaku kerja yang tidak konsisten adalah besar.