search
Log In
13 votes
106 views
Isu viral: Sejak sekian lama JKR diserang oleh kumpulan "Brotherhood" yang diketuai oleh saudara Lando dalam media sosial, dicemuh oleh neitzen dan dikutuk apa saja yang dibuat oleh JKR, FB dan tweeter discreenshot dan diedit, kecaman kerana beberapa jalan berlubang dan isu2 setempat yang kadang-kadang bukan dalam bidang kuasa kita pon dihentam samarata. Sejauh manakah rungutan dan isu isu ini diberikan perhatian oleh pihak atasan?
in Stakeholders Management 49,100 points 9 23 56
1
Melalui pemerhatian saya kumpulan Brotherhood ini sering kali menyasarkan keadaan jalan yang rosak terutama melibatkan penunggang motosikal. kita juga sedia maklum ramai diantara staff JKR sendiri adalah menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja. Saya mencadangkan agar mungkin dapat diwujudkan satu program untuk pengguna motosikal di JKR ini lebih sensitif untuk membuat aduan serta laporan bagi jalan-jalan yang mereka lalui setiap hari. agak mustahil juga bagi pihak penyelenggara untuk memeriksa semua batang jalan yang ada.

Sekadar cadangan seandainya bermanafaat..TQVM

2 Answers

3 votes
Untuk pengetahuan. saudara Lando berada dalam group what apps RakanKKR yang turut dianggotai oleh MKR, TMKR, KSU, KPKR, pegawai atasan KKR, JKR, Pengarah JKR Negeri,  LLM dan Syarikat Konsesi Penyelenggaran jalan. Dari apa yang diperhatikan, runggutan beliau dalam group tersebut diambil maklum oleh pihak atasan JKR/LLM dan KKR.
34,630 points 18 61 148
4 votes
If you cannot beat them, join them... Pepatah Inggeris ini ada kebenarannya. Pada pandangan saya, pada asalnya, kumpulan-kumpulan ini tidak memahami pemilik jalanraya. Semua jalanraya yang terdapat di negara ini adalah dianggap diselenggara oleh JKR. Setelah kumpulan ini dijadikan sebagai sahabat melalui media sosial, tahap kefahaman mereka telah meningkat. Pada masa sekarang , pada pandangan saya kata-kata keji terhadap JKR telah berkurangan. Apa yang dibangkitkan pada masa kini, pun pada pandangan saya, adalah 'fair' dan tindakan harus diambil oleh jabatan untuk meningkatkan tahap servis kepada rakyat.

Sememangnya kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
49,810 points 24 102 239
...