Persoalannya, adakah semua rekabentuk yang dilaksanakan oleh JKR adalah seismic compliant? Keperluan samada keperluan seismic diperlukan adalah bergantung kepada tiga faktor utama,
1. Berdasarkan kepada lokasi bangunan tersebut berdasarkan peta reference PGA yang dinyatakan di dalam National Annex kepada MS EN 1998-1 (2017).
2. Tahap kepentingan bangunan tersebut (Importance factor) berdasarkan garispanduan di dalam MS EN 1998-
3. Kategori jenis tanah yang menanggung bangunan tersebut berdasarkan definasi di dalam MS EN 1998-1.
Berdasarkan kepada tiga faktor di atas, tidak semua kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak memerlukan rekabentuk seismik.
National Annex (NA) ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia pada November 2017 dan CKAS sebagai peneraju C&S, telah mula melaksana semua rekabentuk berdasarkan keperluan MS EN 1998-1. Ini termasuk juga mana -mana struktur yang berdasarkan kepada sistem IBS.
CKAS sedang merangka untuk mengkaji semua rekabentuk PAP untuk memastikan rekabentuk PAP boleh digunakan sekiranyanya ianya diperlukan untuk menanggani keperluan seismik di lokasi yang terbabit.
Persoalan yang selanjutnya: adakah pihak Arkitek, Jurutera Geoteknik atau Jurutera Jambatan bersedia untuk mengambil kira keperluan seismik??