search
Log In
14 votes
47 views
Hampir setiap negeri se-malaysia mempunyai pembangunan dan bangunan iconic sendiri, tapi kebanyakan bangunan baru tersebut malah tidak dikekalkan ciri-ciri kebudayaan malah kearah kemodenen, kenapa JKR tidak mengekalkan tradisional tersebut untuk generasi akan datang? Dikuatiri struktur bangunan tidak berimejkan negara malaysia yang berdaya saing.
in Green 1,200 points 8 10 16

1 Answer

2 votes
Rekabentuk bangunan di JKR bukan sahaja ditentukan oleh para arkitek, malah ianya perlu mendapat persetujuan pihak pelanggan, pihak atasan JKR, mematuhi piawaian EPU dan yang paling utama mencapai kefungsian yang dinyatakan dalam brif projek. Elemen senibina yang bercirikan vernacular iaitu bercirikan tempatan kurang popular dan tidak mendapat tempat di hati pelanggan. Pelanggan kebanyakan nya lebih cenderung konsep moden, universal dengan bahan-bahan terkini yang nampak maju kehadapan. Pada pandangan saya, mungkin perekabentuk JKR tidak mampu mempengaruhi, memujuk, atau meyakinkan pelanggan bahawa rekabentuk [email protected] adalah sangat relevan, ada keunikan tersendiri dan membanggakan kerana ia melambangkan imej setempat. Ke-2 mungkin perekabentuk JKR tidak berminat kepada rekabentuk vernacular. Ke-3 rekabentuk moden lebih mudah dan cepat direkabentuk untuk mencapai kefungsian bangunan dan keselesaan penghuni.
2,740 points 3 8 18
...