search
Log In
14 votes
54 views
1. Keperluan Kebenaran Merancang dan kelulusan PBT bagi pembangunan di dalam Kem Tentera?

2. Keperluan CCC bagi pembangunan di dalam Kem Tentera?

3. Sumber rujukan atau punca kuasa kepada perkara di atas.
in Project Management 270 points 3 3 5

1 Answer

4 votes
 
Best answer

1. Merujuk pada Town, Country Palnning Act 1976;

Section 19 : Larangan Pembangunan Tanpa Kebenaran Merancang

Dinyatakan dalam Section 19 (1) Pembangunan tidak boleh dimulakan tanpa kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak PBT / Majlis. 

Section 19 (2) : Kebenaran Merancang tidak diperlukan sekiranya kerja yang dijalankan melibatkan penyelenggaraan, kerja-kerja hiasan dalaman, kerja perubahan kegunaan bangunan, penukaran material / rupa luar bangunan, penambahan ketinggian bangunan atau keluasan dan lain-lain. 

2. Tiada akta menyatakan CCC terkecuali untuk pembangunan dalam Kem Tentera. 

Merujuk Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984:  UUK 25A;

Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) merupakan sijil yang diberikan kepada pemilik yang bangunan dibina secara tunggal apabila orang yang berkelayakan (Principal Submitting Person (PSP)) telah memperakukan dalam Borang F bahawa:

  • Dia telah mengawasi pembinaan dan penyiapan yang dibina mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  • Syarat-syarat yang dikenakan oleh PBT telah dipenuhi
  • Semua perkhidmatan perlu telah disediakan
  • Dia menerima tanggungjawab penuh bagi Bahagian yang berkenaan dengannya.

Salinan sijil CCC perlu dikemukakan kepada PBT dan Lembaga Arkitek Malaysia. 

Pekeliling LAM 2/2000 juga merujuk senarai checklist untuk CCC (G1-G21 yang perlu diisi oleh Orang Utama Yang Mengemukakan). Dalam checklist ini juga perlu ada Kelulusan Pelan Bangunan diperolehi daripada PBT - merujuk Street, Drainage Building Act 1974 section 70. 

CCC adalah self-certification dan self-regulation dalam industri pembinaan bertujuan untuk mengurangkan karenah birokrasi , menjimatkan masa, mengurangkan kos menjalankan perniagaan oleh pihak pelabur dan pemaju. Para professional juga diberi kepercayaan dan tanggungjawab mengeluarkan perakuan siap dan pematuhan bagi bangunan yang didirikan.

Walaubagaimana pun, PBT diberi peranan dan tanggungjawab dan boleh memeriksa di tapak projek pada bila-bila masa dan boleh mengarahkan memperbetulkan ketidakpatuhan kepada PSP. Sekiranya tidak patuh kepada arahan PBT, PBT boleh mengeluarkan arahan menghentikan kerja atau menahan pengeluaran CCC.

3. Rujukan: 

  • Town, Country Palnning Act 1976; Section 19
  • Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984:  UUK 25A;
  • Street, Drainage Building Act 1974 Section 70. 
  • General LAM Circular No. 2/2000

880 points 4 11
selected by
1

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat, Pn @Maryati yes

...