saya setuju dengan tuan Khairil Hizar. Secara ringkas mengikut pandangan saya, Pelan Bisnes adalah penting kerana sesuatu organisasi perlu mempunyai suatu perancangan atau pelan bagi mencapai objektifnya. Pelan Bisnes ini sendiri menjadi satu panduan, perancangan, pelan dan pengukuran kejayaan. Jika ada pelan tidak dapat dicapai maka organisasi adalah gagal dan perlu penambahbaik atau mengatur pelan baru bagi memastikan pengurusan sentiasa berada ditahap yang ditetapkan dan mencapai objektif organisasi.
secara ringkas:
"Pelan Bisnes adalah pengurusan. Tanpa Pelan Bisnes tiadalah pengurusan."
sebagai contoh, Pelan bisnes menerapkan tema mengikut objektif organisasi dan disitu terdapatnya pelan tindakan dan pelan operasi kita. disini kita perlu merangka bagaimana untuk mencapai objektif tersebut secara tidak langsung kita akan membentuk atau menguatkan bahagian pengurusan darisegi keperluan kakitangan, kewangan, skop kerja, keperluan peralatan dan lain-lain yang berkaitan. Dengan wujudnya Pelan Bisnes barulah sesuatu organisasi dapat diuruskan dengan baik.
Bagi kepentingan secara spesifik pula terhadap "Pengurusan JKR", ianya adalah sama seperti keterangan diatas kerana dari sini JKR dapat fokus pada objektif utama (5 tema), dapat merangka pelan tindakan dan operasi yang perlu termasuk memastikan iainya dicapai.