Sekadar memberi pandangan.....
Sudah pasti projek kerja-kerja naik taraf bangunan tidak akan sama dengan projek pembinaan bangunan baru walaupun kedua-duanya harus dan perlu melaksanakan proses penyerahan setelah disiapkan dengan sempurna mengikut kehendak kontrak kerana ia merupakan aset tak alih yang perlu diserah dan didaftarkan kedalam sistem MySPATA.
Berikut ada beberapa isu penting yang mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan bagi menerangkan perbedaan dan ketidak kesamaan antara kedua-dua projek tersebut:-
1. Isu Pemgambilan Tanah - Bagi projek pembinaan baru isu pengambilan tanah wajib diselesaikan bagi menyempurnakan proses penyerahan aset. Sebaliknya projek naik taraf akan dilaksanakan di atas lot tanah asal yang sudah dilaksanakan proses pengmabilan dan penyerahannya.
2. Isu Kebenaran Merancang (KM) - Sedia dimaklum bahawa semua projek baru yang berkedudukan berhampiran dengan jalan utama atau yang terlibat dengan peningkatan simpang jalan wajib membuat permohonan KM. Sementara projek naik taraf hanya perlu laksanakan KM apabila ada proses peningkatan persimpangan jalan.
3. Isu Kontrak - Kedua-dua projek akan mempunyai kontrak yang berbeda terutama bagi projek naik taraf bangunan ia mungkin melibatkan kerja pembaikan yang mungkin perlu dilaksanakan oleh kontraktor pakar. Disamping itu Bill of Quantities untuk kerja naik taraf perlu memasukkan kos pembaikan dan peningkatan keupayaan struktur. Maka kepala kontrak untuk kerja naik taraf akan berbeda apabila dibanding dengan pembinaan baru.
4. Isu Proses dan Peringkat Pembinaan - Proses pembinaan untuk kedua-dua jenis projek itu juga akan mempunyai proses dan peringkat pembinaan yang sangat berbeda terutama untuk kerja-kerja naik taraf bangunan. Kerja naik taraf perlu membuat pemeriksaan dan pembaikan atau peningkatan keupayaan struktur terlebih dahulu sebelum kerja lain disambungkan.
5. Isu Services - Segala services yang sediada dalam projek naik taraf perlu disemak dan digantikan jika perlu dengan berpandukan kepada kesesuian fungsinya. Namun prosesnya akan menjadi lebih rumit jika Lukisan Terbina bangunan asal tidak dibekalkan, maka penyiasatan semula di tapak perlu dilaksanakan bagi menentukan kedudukan dan kondisi semasanya. Sebaliknya projek baru hanya perlu dipasang ikut kehendak lukisan kontrak melainkan jika ada perubahan.
6. Isu Integriti Struktur - Integriti struktur asal dalam projek naik taraf wajib dikaji bagi menentukan keutuhan dan kemampuan upaya untuk menampung beban baru yang bakal ditanggung. Sebaliknya projek baru hanya perlu direkabentuk ikut kehendak kegunaaan.
7. Isu Penyerahan - Keuda-dua projek wajib laksanakan proses penyerahan. Tetapi bagi projek naik taraf mungkin penyerahannya perlu dibahagikan kepada dua peringkat, dengan peringkat pertama sesudah kesemua kerja pembaikan dan strengthening dilaksanakan sebelum struktur asal diliputi plastering yang mungkin akan menjejaskan keperluan ujian. Peringkat kedua adalah selepas semua kerja lain itu dilaksanakan dengan sempurna mengikut kehendak kontrak. Disamping itu proses jaminan untuk kerja naik taraf mungkin juga akan dibahagikan kepada dua jika ia terlibat dengan kontraktor yang berbeda.
8. Isu Jaminan - Isu jaminan mungkin akan berbeda dikalangan kedua-dua jenis projek kerana fisikal pembinaan, kegunaan bahan pembinaan atau pembaikan, jenis ujian ikut peringkat dan spesifikasi penggunaan bahan juga perlu dikaji.