search
Log In
18 votes
84 views
1.Bagaimana daftar risiko iaitu insiden risiko diwujudkan? Adakah berdasarkan kepada maklumat Pelan Strategik Jabatan/Cawangan/Negeri yang sediada.

2. Berdasarkan 'template' Daftar Risiko JKR mempunyai maklumat 'strategi rawatan pencegahan/mitigasi'  adakah maklumat ini di ambil berdasarkan kepada pelan operasi di dalam Pelan Strategik (pelan bisnes) Jabatan/Cawangan/Negeri?

3. Berdasarkan template Daftar Risiko JKR mempunyai maklumat ' tindakan rawatan baru'. adakah maklumat ini merujuk kepada Pelan Strategik Jabatan/Cawangan/Negeri yang terdapat maklumat 'pelan tindakan' apabila pelan tindakan tersebut tidak mencapai sasaran jabatan perlu di buat 'tindakan rawatan baru"?

4. Kekeliruan pemahaman oleh pegawai (PP & Sokongan) di dalam organisasi berhubung Enterprise Risk Managemen (ERM) dan Project Risk Management (PRM)  dan tidak dapat membezakan ERM dan PRM. Bagaimana pihak yang terlibat dengan pengoperasian ERM dan PRM memberi penerangan kepada pegawai di dalam organisasi ?
in Stakeholders Management 2,100 points 3 7 21
reopened by
0
Terima kasih Pn @Mus Fiera atas pertanyaan mengenai ERM. Soalan ini telah dipanjangkan kepada moderator yang berkenaan untuk perhatian.

1 Answer

5 votes
 
Best answer
  1. Daftar risiko organisasi Jabatan/Cawangan/Negeri diwujudkan berdasarkan potensi risiko yang ada dan yang dijangka yang boleh menjejaskan pencapaian objektif strategik organisasi sebagaimana yang disenaraikan di dalam perancangan inisiatif Pelan Bisnes Jabatan/Cawangan/Negeri. 

  2. Strategi rawatan pencegahan/mitigasi adalah satu pelan tindakan pencegahan/mitigasi yang diambil bagi meminimakan risiko yang telah dikenalpasti dalam daftar risiko. Pelan tindakan ini diambil dari hasil analisa yang dilaksanakan terhadap risiko ekstrim dan tinggi di mana setiap insiden risiko ini mempunyai:-

  • faktor yang menyebabkan ianya berlaku dan;

  • kesan daripada insiden risiko tersebut

Strategi rawatan pencegahan - Strategi kawalan yang diambil untuk mengelak faktor risiko itu berlaku

Strategi rawatan mitigasi – Strategi kawalan yang diambil untuk mengurangkan impak/kesan sekiranya risiko itu berlaku.

  1. Tindakan rawatan baru dikenalpasti berpandukan strategi rawatan pencegahan/mitigasi yang dinyatakan di perkara 2 di atas. Ianya adalah perincian cadangan tindakan rawatan risiko yang perlu dilaksanakan serta penetapan pihak yang bertanggungjawab dan tarikh sasaran siap bagi setiap tindakan rawatan baru yang dicadangkan.
  2. Jabatan pada masa kini mempunyai 3 dokumen garis panduan pengurusan risiko yang boleh dijadikan rujukan oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan seperti berikut :-
  • Garis Panduan Pengurusan Risiko Jabatan Kerja Raya Malaysia

  • Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek Bagi Projek Kerajaan

  • Garis Panduan Pengurusan Risiko Fasiliti

Secara umumnya proses utama pengurusan risiko yang terdapat di dalam ketiga-tiga dokumen di atas adalah sama. Cumanya yang membezakannya adalah dari segi pemakaian amalan pengurusan risiko tersebut seperti berikut:-

  1. Pengurusan Risiko (Enterprise Risk Management (ERM)) Jabatan Kerja Raya Malaysia 

    Amalan ini dilaksanakan di peringkat pengurusan JKR Malaysia bagi memastikan kadar kejayaan serta mengurangkan kesan daripada peristiwa risiko dalam operasi organisasi (Jabatan/Cawangan/Negeri). 

  2. Pengurusan Risiko Operasi Bisnes JKR

    Amalan ini dilaksanakan di peringkat fasa perancangan dan pengwujudan aset serta peringkat fasa operasi dan penyenggaraan aset.

570 points 1 3 7
selected by
0

Terima kasih Tn @nikhwan atas perkongsian yg bermanfaat yesyesyes

...