search
Log In
11 votes
49 views
Bagaimana hendak mengurangkan haba/rumah berbahang bagi rumah jenis flat roof?
in Green 590 points 2 2 7

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Haba terkumpul melalui dinding dan bumbung bangunan. Kerana itu apabila merekabentuk sesebuah bangunan, arkitek perlu mengira Overall Thermal Transfer Value, OTTV dan Roof Thermal Transfer Value, RTTV.

OTTV mengambil kira [email protected] keliling bangunan. Ini dipengaruhi dari aspek bahan dinding yang digunakan dan orientasi dinding tersebut. Kerana itu, dinding yang terdedah kepada sinaran matahari petang yang panas perlu memilih bahan yang mempunyai kadar pantulan cahaya, Solar Reflectance Index, SRI yang tinggi dengan itu kadar haba yang diserap oleh dinding adalah rendah. Bahan kaca tingkap terutamanya bukan sahaja menyerap haba, malah, sinaran cahaya yang menyilau menganggu keselesaan penghuni. Bahan kaca tingkap dan keluasan tingkap tersebut perlu sesuai dengan orientasi kedudukan tingkap. Keluasan, bahan dan warna dinding juga menyumbang kepada kadar penyerapan haba. 

RTTV mengambil kira aspek bumbung dari faktor rekabentuknya dan bahan yang dibina. Nilai SRI bumbung rata perlu lebih atau sama dengan 78. Warna  bumbung perlu cerah dan bumbung atau siling didalam perlu dilengkapi dengan bahan penebat haba bagi menahan haba yang telah diserap bumbung dari sampai ke ruang dalaman. Bagi mengurangkan serapan haba pada permukaan luaran iaitu bumbung rata, antara cadangan adalah menanam rumput dan shrub di atas bumbung rata tersebut. Walaubagaimanapun, pastikan struktur bumbung kuat dan lapisan waterproofing dipasang dengan ketebalan dan kaedah pemasangan yang merujuk kepada pembekal. Saliran air keluar juga hendaklah direkabentuk agar mudah diselenggara dan tidak tersumbat dan menghalang air keluar. Saliran air keluar mengalir turus hendaklah diurus dengan sempurna hingga ke longkang berdekatan dan tidak dibiarkan mengalir di tepi dinding yang akan menyebabkan masalah lain berlaku.

Cadangan lain yang kurang faktor penyelenggaraan adalah memasang bumbung metal mono pitch yang tidak terlalu curam di atas bumbung rata tersebut. 

2,740 points 3 8 18
selected by
...