search
Log In
21 votes
49 views
Mohon bantuan, apakah kriteria pemilihan/pemasangan "mist fan". Adakah "mist fan" ini diterima pakai untuk projek-projek JKR? Untuk makluman, pelanggan telah minta untuk pasang "mist fan". Adakah "mist fan" di bawah skop kerja elektrikal atau mekanikal? Terima kasih.
in Miscellaneous 310 points 2 2 6

1 Answer

6 votes
 
Best answer
Selamat petang,

Setakat ini, saya tidak nampak pemasangan mist fan ini di bawah skop mekanikal. Saya berpendapat pihak pelanggan boleh membeli mist fan di bawah peruntukan mereka.

Perlu didalami dahulu tujuan sebenar pelanggan memerlukan mist fan ini, sama ada untuk kegunaan dalam atau luar bangunan. Penggunaan mist fan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan 'evaporative cooling effect' iaitu penyejukan berdasarkan penyejatan. Biasanya digunakan semasa kenduri kahwin untuk keselesaan pelawat yang duduk dimluar premis.

Walau bagaimanapun, dari segi teknikalnya kesan penyejukan ini adalah sementara kerana negara kita mempunyai iklim yang panas dan lembap dan mist fan ini hanya menambahkan lagi kelembapan udara persekitaran.
4,460 points 2 12 29
selected by
0

Terima kasih Dr! smiley

...