search
Log In
12 votes
88 views
Apakah kaedah yang berkesan dan pantas untuk mengetahui kebocoran paip air di dalam dinding rumah?
in Fixed Asset (Tak Alih) 11,340 points 7 10 17

3 Answers

4 votes
Dinding kelihatan basah.
5,670 points 4 18 57
3 votes

Bila terdapat dinding yang lembab terdapat 3 kemungkinan utama:

  1. Terjadi peluapan disebabkan oleh ketiadaan lapisan kalis kelembapan semasa pemasangan dinding bata.
  2. Resapan air dari bahagian atas akibat air hujan yang meresap melalui celahan dinding dari gutter yang telah rosak atau bila bilik air berada di aras tinggi (rumah dua tingkat) dan/atau
  3. Kebocoran paip air terutama akibat keretakan paip dimana bukaan sangat kecil dimana air setakat menitis dan tidak mempunya cukup tekanan sehingga air akan jelas kelihatan memancut.

Cara paling mudah untuk memastikan ianya adalah air paip atau bukan ialah dengan menutup semua aliran air naik dan turun dari tangki. Pengunaan pewarna makan pada tangki juga boleh di lakukan untuk mengetahui adakan paip air masuk (incoming) atau paip air keluar (outgoing) yang mengalami kebocoran.

Menguji kelembapan dinding mengenai kehadiran klorin juga amat membantu untuk mengesahkan kebocoran adalah disebabkan air hujan atau air paip.

Mengenal pasti kebocoran pada dinding dan mendapatkan lokasi kebocoran adalah antara kesulitan utama dalam kerja-kerja membaiki kerosakkan paip. Tambahan pula jika air dari paip yang bocor berjalan begitu jauh sebelum keluar ke permukaan dinding.

34,630 points 18 61 148
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn @Muham Zaini Hamzah 

2 votes

Sekadar memberi pandangan......

Terdapat beberapa kaedah berkesan dan mudah yang biasa diamalkan:-

  1. Dengan menggunakan Infrared Thermography Camera.
    • Kaedah ini sangat berkesan dan pantas dengan berpandukan kepada screen camera yang mempamerkan perbedaan warna pada dinding berkaitan melalui kesan perbedaan suhu yang berlaku pada dinding oleh kerana terwujudnya kelembapan melalui kebocoran paip air.
  2. Semakan terhadap warna dan keadaan cat yang sediada.
    • Warna cat akan berubah menjadi lebih gelap jika terwujudnya kelembapan, disamping itu kulat juga dapat dikesan oleh kerana kesan kelembapan melalui kebocoran yang telah lama berlaku.
  3. Semakan terhadap "water meter reading".
    • Bacaan pada meter air yang senantiasa bergerak walaupun tiada penggunaan air yang berlangsung.
48,740 points 106 194 351
...