Pada pandangan saya bagi kes tersebut, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib dan/atau surcaj atas kesalahan menyalahgunakan kenderaan jabatan untuk tujuan peribadi.
Pegawai Kenderaan yang dilantik seharusnya bertanggungjawab memastikan kenderaan jabatan digunakan hanya untuk tujuan tugas rasmi sahaja selain memantau penggunaan bahan api dan kad tol TnGO.
Pegawai Kenderaan juga bertanggungjawab menyemak Catatan Buku Log Kenderaan berkaitan butiran penggunaan kenderaan harian dengan lebih kerap supaya perkara-perkara penyalahgunaan kenderaan jabatan dapat dikesan dengan lebih awal dan boleh diambil tindakan segera terhadap pegawai yang bersalah.
Sekiranya tuan mempunyai sebarang maklumat mengenai salahguna kenderaan jabatan atau apa-apa kesalahan yang melibatkan integriti, tuan seharusnya berani melaporkan segera kepada Bahagian Integriti, JKR Malaysia untuk tindakan selanjutnya.