search
Log In
15 votes
86 views
Kebanyakan bangunan Kerajaan mengalami masalah parkir tidak mencukupi, khususnya pusat kesihatan seperti Hospital Atau Klinik Kesihatan dan lain-lain bangunan Kerajaan.

Apakah kaedah terbaiknya menyelesaikan masalah tersebut?
in Assets & Facilities Management 8,170 points 40 48 69

3 Answers

5 votes

Pada pandangan saya, JKR perlu menguatkuasakan dan meletakkan syarat wajib setiap pembinaan bangunan atau premis kerajaan dimasukkan sekali peruntukkan membina blok parking bertingkat.

ini adalah kerana parking merupakan sesuatu KPi mengukur keberkesanan pelan perancangan dan susunatur sesuatu projek. Gagal circulation, Gagal juga design!

49,100 points 9 23 56
12 votes
Masalah tempat letak kereta tidak akan selesai selagi kita masih berfikir secara bersendiri. Masalah ini perlu dilihat secara total dan perlu juga melibatkan input kerajaan dan juga perubahan kepada cara hidup rakyat. Masalahnya adalah kita terlalu bergantung kepada kenderaan persendirian dan menanggap memiliki kenderaan persendirian sebagai salah satu petunjuk kejayaan diri. Adalah menjadi lumrah pada masa kini, apabila melihat satu isi rumah mempunyai lebih dari 4 buah kereta. Dan setiap kereta ini akan bergerak ke pejabat pada setiap pagi.

Kenderaan awam juga harus lah lebih effektif dan dapat memberi servis yang menyeluruh di setiap pelusuk bandar dan desa, sebagaimana yang terdapat di negara barat. Pada masa kini,, kedudukan hospital, pejabat adalah berada di luar kawasan servis bas dan sebagainya dan frekuensinya juga adalah tidak munasabah, dan pengguna perlu berjalan jauh masuk ke fasiliti pejabat, klinik ataupun hospital. Selain daripada itu, keadaan laluan pejalan kaki perlu juga diberi perhatian.

Secaraamnya, untuk menyelesai masalah ini perlu perancangan jangka panjang dan political will yang tinggi kerana ianya melibatkan kerajaan di beberapa peringkat.
49,810 points 24 102 239
6 votes
Pada pendapat saya, for the sake of future planning growth and urban development, pemilihan lokasi tapak di peringkat master planning bagi semua fasiliti kesihatan memainkan peranan yang sangat penting bagi isu parking.

Secara makronya, kita sedia maklum bahawa urban design bagi sesebuah bandar telah dirancang pada setiap 10 - 15 tahun, sekiranya lokasi tersebut telah ditetapkan sebagai lokasi projek kerajaan, maka ciri-ciri Transit Oriented Development (TOD) perlu diterapkan. Pasti designers akan mengatakan adalah diluar bidang kuasa kita kerana pemilihan tapak adalah di pihak end user, tetapi mungkin boleh dipertimbangkan dalam usaha penyelesaian bersama end user dan local authorithy untuk masa akan datang.

Masalah ini akan sentiasa berlarutan sekiranya jumlah parking ditingkatkan drp kiraan sediada mengikut populasi semasa, plot ratio atau beds population ratio, mungkin ya untuk jangka pendek but in long term, it will effecting our sustainable urban growth and environment which is not in line with our Sustainable Development Goal (SDG).
2,810 points 1 8 20
...