Pihak MAMPU ada membangunkan DDMS (Digital Document Management System) dimana ianya adalah salah satu sistem pengurusan rekod elektronik kerajaan yang telah dimulakan pada tahun 2014. Sistem ini membolehkan semua rekod kerajaan ditawan dan diakses melalui internet dan dimana - mana sahaja 24 jam sehari. Ianya telah digunakan di MAMPU pada 3 Mac 2014, DDMS ini telah diperluaskan kepada 24 kementerian dan 6 jabatan/agensi dengan jumlah pengguna mencecah seramai 20,000 orang.
Cuma saya kurang pasti sama ada JKR di antara jabatan/agensi yang menggunapakai sistem ini.
Sistem ini juga berbeza dengan eCOMS JKR, dimana eCOMS digunakan untuk menyimpan rekod - rekod seperti lukisan siap bina, lukisan PAP dan lain -lain.