search
Log In
11 votes
53 views
Salam dan Selamat Sejahtera,

Adakah JKR mempunyai satu sistem bagi pengumpulan data dan maklumat bagi Pelan Strategik JKR? Pengumpulan data bagi Pelan Strategik ini adalah penting bagi setiap JKR Negeri bagi mengumpul data seperti Pelan Bisnes JKR, Pengurusan Risiko JKR, Pelan Integriti JKR.

Dengan mengadakan satu sistem bagi pengumpulan data-data ini, dapat membantu penyelaras setiap negeri mandapatkan data dengan lebih cepat dan tepat dimana data-data ini perlu dikemukakan pada setiap sukuan tahun. Dengan itu, adalah wajar sistem pengumpulan data ini diwujudkan bagi merialisasikan pencapaian Pelan Strategik JKR.
in Stakeholders Management 4,750 points 12 24 33

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Saya amat bersetuju dengan pandangan @ShAneeza. Dengan adanya satu sistem pengumpulan data bagi apa sahaja pelan (pelan strategi, pelan transformasi, pelan pemerkasaan AP182 atau apa sahaja pelan yang dirancang oleh pihak atasan) akan memudahkkan capaian semua pihak. Bahkan lebih mudah sesuatu analisa dilaksanakan atau maklumat disimpan dengan selamat dan mudah dicapai.

Dan adalah amat mudah sekiranya setiap maklumat dpt di link dgn mudah antara sistem sediada. Dimana saya percaya itulah dia tujuan J10 dirancang dan dilaksanakan.

Semoga, setiap sistem yang dibina dapat dihubungkait antara satu sama lain dan unity dlm rangkaian maklumat JKR tercapai bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan projek JKR Malaysia.

3,110 points 2 14 40
selected by
...