Kelewatan projek disumbangkan dari pelbagai faktor. Faktor-faktor ini perlu dikaji untuk merangka strategi dan direction projek tersebut.
1. Sebagai langkah awal perlu dibuat Project Helth Check (PHC) terlebih dahulu untuk menentusahkan data kelewatan projek tersebut benar-benar mengalami kelewatan atau wujud kelemahan dalam work programme yg perlu dibuat penambahbaikan dahulu.
2. Jika wujud kelayakan untuk lanjutan masa (EOT) perlulah diselesaikan terlebih dahulu
3. Sekiranya projek tersebut benar-benar telah mengalami kelewatan adalah dicadangkan untuk dibuat Intervensi (Intercept) oleh pasukan selain dari S.O. iaitu bagi pihak "Pegawai Yang Dinamakan Bagi Pihak Kerajaan". Kebiasaannya pasukan tersebut adalah dari wakil Pengurus Program. Seterusnya adalah perlu dikaji langkah atau cadangan dari intervensi yang telah dibuat. Laporan Intervensi perlu dibuat pemantauan dalam tempoh tertentu yang perlu dipatuhi.
4. Sekiranya cadangan Intervensi tersebut tidak dipatuhi adalah dicadangkan Pengurus Program melalui laporan SO perlulah dibawa ke Mesyuarat Project Solving Governance (PSG) untuk menentukan direction/ strategy baru untuk projek tersebut.
5. Option melaksanakan DOA perlu dilihat untuk membantu terlebih dahulu sebelum tindakan drastik dibuat.
6. Surat-surat amaran SO perlu dikeluarkan mengikut tatacara kontrak.
7. Sekiranya projek dilihat tiada penyelesaian untuk dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek setelah semua pertimbangan diambilkira, adalah dicadangkan projek tersebut segera dibawa ke Mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) bagi tujuan penamatan kontrak .
8. SO dan pasukan projek diminta segera memanggil tender baru dan melantik kontraktor baru (dalam tempoh 4-6 bulan mengikut PK 4.5 ) bagi menyiapkan baki kerja.