Merujuk kepada surat arahan KPKR Bil.13/2017 bertarikh 16 Mei 2017, skop perlaksanaan SPB JKR adalah tertakluk kepada projek yang kos kontrak melebihi RM500,000.00 bagi aktiviti bisnes perkhidmatan kejuruteraan, pengurusan projek dan pengurusan penyenggaraan (aset milikan KKR & kawalan senggara JKR).
Wang Peruntukan Sementara (WPS) yang mana merupakan sebahagian item di dalam kontrak utama yang menyatakan skop kerja dan jumlah perbelanjaan yang diperuntukan. Walaubagaimanapun, proses perolehan perlu diadakan bagi pemilihan sub-contractor dan surat perlantikan / kontrak akan dikeluarkan berasingan kepada sub-contractor yang berkenaan.
Sehubungan dengan itu:-
1) Adakah skop WPS adalah kontrak yang berasingan daripada kontrak utama dengan main contractor ataupun WPS adalah sebahagian daripada kontrak utama ?
2) Adakah skop kerja WPS tertakluk kepada pemakaian SPB walaupun jumlah kos WPS tersebut kurang daripada RM500,000.00 ? (Kontrak utama/induk bernilai melebihi RM500,000.00)