search
Log In
4 votes
66 views
Kontraktor Utama telah melantik kontraktor/syarikat lain bagi pelaksanaan kerja-kerja Micropile. Rekod Pekerja kontraktor/syarikat yang melaksanakan kerja micropile ini perlu dicatatkan di bawah Bilangan Pekerja Kontraktor atau Sub-Kontraktor Yang Dinamakan di dalam Buku Harian Tapak?
in Miscellaneous 310 points 1 4 8

2 Answers

2 votes
Perlu di rekodkan dalam kontraktor utama. Perlantikan subkontraktor oleh kontraktor utama tidak terlibat dengan perjanjian dengan kerajaan malaysia. Perlantikan tersebut hanya melibatkan diantara pihak kontraktor itu sendiri dan kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama.

Perlantikan kontraktor utama dan subkontraktor dinamakan sahaja yang melibatkan dengan kerajaan malaysia sepertimana didalam syarat-syarat konrak PWD 203/203A/203N direkodkan didalam buku harian tapak bina.  Untuk merekod bagi  kerja subkontraktor seperti lantikan untuk kerja-kerja yang dilantik iaitu NSC Elektrik, NSC Lif, NSC Fire Figthing, NSC Landskap/Hardskap dan lain-lain kerja mengikut keperluan kontrak projek tersebut.

Bagi aktiviti kerja micropile tersebut catatan pekerja atau bilangan pekerja perlu direkod di bawah pekerja kontraktor utama. Aktiviti tersebut merupakan 'struktur asas dalam bangunan utama' bagi kerja kontraktor utama. Jika merujuk kepada diagram 'work program' kontraktor utama 'resources name' diletak dibawah aktiviti kerja kontraktor utama. pelaporan data maklumat pekerja boleh dipantau melalui work program yang telah diluluskan oleh 'SO'.
2,000 points 3 7 21
3 votes

Kaedah kontraktor utama melaksana kerja kontrak adalah dengan berbagai cara. Di antaranya adalah dengan:

  1. Melaksana sendiri semua kerja dimana bahan binaan, peralatan dan pekerja dibekal oleh kontraktor utama.
  2. Peralatan dan bahan binaan dibekal oleh kontrakor utama dan pekerja diberi kepada sub kontraktor
  3. Bahan binaan dan pekerja disediakan oleh kontraktor utama, peralatan disewa
  4. Kontraktor utama melantik subkontraktor untuk membekal bahan, peralatan dan pekerja

dan berbagai konfigurasi berpandukan kepada keperluan kontrak pada ketika itu.

Untuk semua keadaan di atas, pekerja dan peralatan yang terbabit adalah dianggap sebagai milik Kontraktor Utama dan perlu dicatat di bawah Kontraktor.

Sub Kontraktor Dinamakan adalah NSC adalah untuk kerja khusus dan dilantik oleh pihak Kerajaan dan kemudian dijadikan NSC dibawah Kontraktor Utama.

49,630 points 24 101 236
...