M&E Coordinator adalah lantikan di bawah kontraktor utama bagi menyelaras semua rekabentuk sistem keperluan M&E supaya ianya tidak mempunyai sebarang konflik dengan bangunan yang telah dibina mengikut lukisan struktur dan arkitek.
Di dalam pelaksanaan BIM, semasa Fasa Rekabentuk, rekabentuk M&E masih lagi di tahap LOD300 yang mana ianya masih menggunakan saiz anggaran berdasarkan kiraan analisis yang telah dibuat. Koordinasi rekabentuk (Design review & Clash analysis) dijalankan bagi meminimumkan konflik yang akan berlaku di tapak bina.
Kebiasaannya, kontraktor akan melantik sub-kontraktor sendiri / nsc yang mana kebiasaannya akan mengeluarkan lukisan (dijana melalui model BIM) berdasarkan peralatan sebenar yang akan digunakan dan ianya perlu diluluskan oleh Wakil Pegawai Penguasa.
Oleh yang demikian, M&E Coordinator akan memainkan peranan beliau dalam menyelaras semula semua lukisan-lukisan tersebut melalui model BIM bagi memastikan tiada sebarang percanggahan akan berlaku di tapak semasa ianya perlu dipasang.
Pada pendapat saya kewujudan M&E Coordinator adalah masih relevan tetapi beliau perlu juga mempunyai kompetensi di dalam BIM sebagai BIM Coordinator di tapak bina. Bagi sub-kontraktor dan nsc, mungkin workload dalam mengeluarkan lukisan akan kurang memandangkan mereka hanya perlu mengemaskini model pembinaan kepada 'shop model' mengikut keperluan sebenar di tapak.
Wallahu'alam...