search
Log In
6 votes
123 views
Apakah kaedah yang terbaik dan boleh dipraktikkan secara meluas kepada semua disiplin dalam pembayaran kepada material on site yang tidak melanggar syarat lebihan bayaran kepada bahan?

Apakah ada perbezaan pengiraan bayaran dibuat kepada bahan yang tahan lasak dan mudah rosak dibuat? Kriteria atau syarat yang perlu dipatuhi sebelum pembayaran kepada material on site dibuat selain barang perlu sampai di tapak dan bahan perlu dijaga baik untuk tidak rosak?
in Contract Management 13,980 points 4 33 95 1 flag

1 Answer

7 votes
 
Best answer
Dalam syarat-syarat kontrak, material on site (MOS) boleh dibayar sehingga 90% dari nilai bahan tersebut (dan bukannya nilai kerja yang melibatkan bahan tersebut di dalam BQ). Kriteria yang perlu dipatuhi termasuklah bahan telah sampai/berada ditapakbina, disimpan/jaga/lindungi dengan baik di tapak, kualiti yang terjamin sehingga pemasangan, tempoh yang tidak terlalu awal (pre-matured delivery) berbanding skop kerja, kuantiti yang tidak berlebihan dari skop kerja (atau BQ). Ini adalah penting kerana bayaran yg dibuat ke atas MOS akan meningkatkan ''jumlah nilai kerja dilaksanakan di tapak'' dan oleh itu perlu dipastikan bahan2 yang telah dibayar digunapakai dalam projek tersebut, serta memenuhi kualiti dan spesifikasi kontrak.
970 points 2 5 9
selected by
0
Apakah impaknya andai MOS itu tidak seiring dengan program kerja?

Adakah kita masih perlu membuat bayaran terhadap bahan MOS, walhal jadual perlaksanaan kerja berkaitan masih jauh jika berbanding dengan program chart?

Adakah JKR telah sediakan satu rujukan/kaedah cutoff date dengan merujukkan kepada program chart demi megelakkan terjadinya manipulasi oleh pihak kontraktor?
0
Sekiranya MOS tidak seiring dgn program kerja dikhuatiri MOS akan rosak, depreciate in quality ápabila hendak dipasang, dan juga risiko MOS hilang atau dikeluarkan semula dari tapak bina. Samada perlu bayaran atau mengenai cut0ff date, bayaran tertakluk penilaian PP/WPP mengambilkira faktor masa, jenis bahan, lain2 faktor seperti keselamatan, kaedah simpanan, etc dalam penilaian MOS di tapak.
...