search
Log In
7 votes
49 views
Pemeriksaan tapak di dalam rezab jalan JKR mendapati terdapat struktur papan tanda iklan yang telah dipasang pada lokasi jejantas tanpa mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada pihak KKR, PBT atau lain-lain agensi. Pihak JKR Daerah bercadang untuk menanggalkan struktur tersebut memandangkan tiada kelulusan diberi.

Walaubagaimanapun, berlaku kesukaran memandang struktur papan tanda iklan tersebut tidak diletakkan sebarang no.telefon untuk dihubungi bagi tujuan pengiklanan (No. telefon pemilik papan tanda). Jadi, apakah tindakan yang sesuai boleh dilaksanakan di peringkat JKR Daerah?.
in Assets & Facilities Management 560 points 1 6 13

2 Answers

7 votes
Boleh kemukakan ke PBT daerah tersebut untuk menyemak papan tanda iklan tersebut. Sekiranya tiada maklumbalas menyatakan papan iklan tersebut bukan perhatian PBT berkenaan selepas satu bulan, langkah perobohan atau mencabut papan tanda iklan tersebut boleh dilaksanakan. Sila rujuk prosedur perobohan papan tanda iklan di KKR.
13,810 points 4 33 92
4 votes

Sekadar memberi pandangan......

Isu ini kerap berlaku di Daerah, dimana JKR Daerah kerap menghadapi masalah untuk merobohkan papan tanda iklan yang menumpang pemasangannya di tiang sambut bumbung jejantas yang pada asalnya tidak direkabentuk untuk menampung beban tambahan yang ditimbulkan melalui pemasangan haram tersebut oleh kerana kelulusan lesen pengiklanan telah diluluskan terlebih awal oleh PBT, sedangan kelulusan untuk mendirikan papan tanda iklan dalam rezab jalan persekutuan masih belum diperolehi. Permohonan kelulusan untuk mendirikan papan tanda iklan adalah dibawah Seksyen 85A Akta Pengankutan Jalan 987 (Akta 333), maka prosesnya harus mengikut kehendak keperluan kelulusan.

48,740 points 106 194 351
...