Pemeriksaan tapak di dalam rezab jalan JKR mendapati terdapat struktur papan tanda iklan yang telah dipasang pada lokasi jejantas tanpa mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada pihak KKR, PBT atau lain-lain agensi. Pihak JKR Daerah bercadang untuk menanggalkan struktur tersebut memandangkan tiada kelulusan diberi.
Walaubagaimanapun, berlaku kesukaran memandang struktur papan tanda iklan tersebut tidak diletakkan sebarang no.telefon untuk dihubungi bagi tujuan pengiklanan (No. telefon pemilik papan tanda). Jadi, apakah tindakan yang sesuai boleh dilaksanakan di peringkat JKR Daerah?.