Saya kurang pasti sama ada wujud apa-apa dokumen dasar yang spesifik berkenaan jalan. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah mempunyai DASAR PENGURUSAN ASET KERAJAAN (DPAK) yang dilancarkan pada 2009.
DPAK menjelaskan jalan raya, jambatan, terowong, dll. adalah sebahagian daripada aset tak alih Kerajaan yang hendaklah diuruskan dengan sempurna melalui pendekatan Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM).
DPAK - Perkara 6.2: Pengurusan aset yang komprehensif dan bersepadu merangkumi perancangan, pewujudan, penggunaan, penyenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan hapus kira hendaklah dilaksanakan bagi memastikan aset sentiasa berada dalam keadaan sempurna, selamat digunakan, penggunaan yang eknomik dan menjamin jangka hayat yang lebih lama.