Terima kasih atas syor dan pandangan tuan. Saya rasa adalah lebih baiknya JKR mengwujudkan satu rangkaian sistem demi memudahkan proses penyelidikan dan urusan kerja harian sebab MIROS merupakan agensi yang bukan di bawah JKR. Di samping itu, JKR telah sedia wujud Bahagian Forensik Keselamatan Jalan dan juga mempunyai pasukan yang kompeten. Justeru itu, adalah lebih baik dan sangat bermanfaat kepada JKR dengan terwujudnya data kemalangan itu memandangkan hampir sebahagian besar jalinan jalan adalah di bawah seliaan JKR.