search
Log In
4 votes
58 views

Apakah yang perlu diberi perhatian dan dilakukan sekiranya slump test gagal semasa trial mix di batching plant ?

in Structure 8,600 points 10 19 44

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Assalamualaikum wm wb,

Jika diamati keperluan di dalam Seksyen D: Spesifikasi Piawaiutk Kerja Bangunan 2014, keperluan ujian dibahagi kepada dua, iaitu a) Keperluan ujian yang perlu dilaksana di batching plant oleh kontraktor (supplier) dan diawasi oleh kontraktor di namakan sebagai Conformity Test (Klausa 3.2) dan b) Keperluan ujian yang perlu dilaksana di tapak oleh kontraktor dan diawasi oleh pihak JKR, dinamakan sebagai Identity Test (Klausa 3.4).

Kriteria dan jumlah ujian Conformity Test adalah lebih ketat dari kriteria dan jumlah ujian yang diperlukan oleh Identity Test.

Di dalam persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Fizul, saya menganggap bahawa pihak pembekal melaksanakan Conformity Test. Sebarang kegagalan ujian ini perlu berpandu kepada Klausa 3.3. Dianta tindakan yang perlu diambil adalah:

i. Menyemak keputusan ujian untuk memastikan keputusan adalah valid. Sekiranya terdapat error di dalam keputusan tindakan perlu diambil utk mengati error tersebut.

ii) Sekiranya ujian Identity di tapak tidak menunjukkan sebarang kegagalan, Kontraktor hendaklah memberi notis kepada SO untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan akibat dari kegagalan ketika ujian Conformity

iii) Kesemua maklumat ini perlu direkod.

iv) Ujian ujian tambahan berpandukan kepada MS EN 12504-1 serta ujian tanpa musnah dijalankan untuk mendapatkan kepastian.

50,130 points 24 102 239
selected by
0
Terima kasih tuan diatas bantuan dan pencerahan yang diberikan.
...