search
Log In
5 votes
49 views
Apakah pihak utiliti (elektrik) boleh diberikan kerja untuk membina fasiliti elektrikal (sub-station dsb) di dalam sesuatu kontrak?
in Contract Administration 450 points 3 8

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Pada pandangan saya, bagi projek-projek jalan, pihak utiliti (elektrik) tidak boleh dilantik secara terus sebab tapak bina  telah diserahkan kepada kontraktor utama. Ianya juga perlu mematuhi Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bil 1-2016 yang dikeluarkan oleh pihak ICU, JPM.

Di dalam Garis Panduan Pengalihan utiliti Bil 1-2016 tersebut, kontraktor utama diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengalihkan utiliti (elektrik) dan utiliti-utiliti lain.

Sekiranya pembinaan fasiliti elektrikal (sub-station dsb) hendak diserahkan kepada syarikat utiliti, kontraktor/syarikat yang dilantik perlu dilantik sebagai ''nominated sub contractor''.

Walau bagaimanapun  kontraktor/syarikat utiliti yang akan dilantik perlu memenuhi syarat-syarat perlantikan kontraktor seperti lesen kewangan,  berdaftar dengan CIDB sebagainya dan mendapat kelulusan pegawai penguasa. Kerja yang boleh dibuat oleh kontraktor/syarikat didalam kontrak adalah kerja-kerja dalam bentuk Wang Peruntukan Sementara (WPS) sahaja..
1,620 points 2 3 16
selected by
...