Warranty untuk sesuatu kerja waterproofing boleh dibahagi kepada dua jenis utama:
1. Warranty utk bahan sahaja
2. Warranty untuk bahan dan kerja
Pada kebiasaannya JKR memerlukan warranty untuk perkara (2). Untuk memastikan warranty ini diberi oleh syarikat waterproofing, kerja kerja waterproofing ini kebiasaan nya harus dijalankan oleh applicator yang disahkan oleh syarikat waterproofing. Serkiranya applicator ini tidak termasuk sebagai applicator sah oleh syarikat waterproofing, kemungkinan syarikat ini tidak akan memberi sebarang warranty.
Tempoh warranty perlulah munasabah kerana ianya akan melibatkan kos. Pada dasarnya bahan waterproofing boleh bertahan di antara 5 hingga 30 tahun bergantung kepada jenis dan bahan asas yang digunakan.
Untuk tujuan penetapan warranty kerja waterproofing, pada pandangan saya ianya perlu mengambil kira tempoh minimum ketahanan bahan tersebut, iaitu 5 tahun. Ada yang berpandangan perlu memberi warranty 10 atau 20 tahun. Tetapi secara praktikalnya, pada tempoh 10 atau 20 tahun, fail projek yang berkenaan (termasuk surat warranty) telah pun ditutup dan kemungkinan besar tidak dapat dijumpai dan kesemua pegawai di dalam JKR atau pun pemilik bangunan tidak tahu menahu berkenaan dengan warranty tersebut, walhal kos utk warranty ini telah pun dimasukkan ke dalam kos asal waterproofing tersebut.